Tuesday 10 May 2011

andai dia tahu ..

andai lelaki tahu ,
dalam hati seorang wanita
ada naluri untuk di sayangi ,
ada rasa naluri untuk diberi berhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
ada waktu-waktu diminta untuk ditemani kesedihanya


andai lelaki tahu,
rajuk seorang wanita minta dipujuk ,
marah seorang wanita untuk didekati,
sedih seorang wanita harus didengari
gembira seorang wanita untuk dikongsi .

andai lelaki tahu ,
disebalik seribu satu rasa,
ada sekeping hati yang lembut..
bukan untuk dimanjai,
bukan jgk untuk ditatang..
tapi sedikit perhatian
agar rasa kasih itu wujud ,
walaupon berjauhan ..


kerana andai lelaki tahu ,
hati ini akan bertanya kepada seorang wanita,
wujudkah cinta dihati seorang lelaki,
disaat jauh tanpa perkhabaran ..
 
sayangilah sesorang itu kerana
dirinya sekarang ,
bukan kerna dirinya sebelum ini..
cintalah seorang itu kerana hatinya.
bukan rupa paras semata-mata ..

No comments:

Post a Comment