Thursday 30 June 2011

luka melukai :p

dead_heart-1782

 


 



Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau
tak pernah memancing pernahkah kamu
melihat orang memancing? Kalau tak
pernah pun, bolehkah kamu bayangkan
seseorang sedang memancing?
 
Baiklah, katakanlah kamu menemani
seseorang yang sedang asyik memancing.
Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh
seekor ikan dan dia segera pemutar
pemutar tali pancing.
Sekali-sekala dia menghenjut-henjut
jorannya supaya mata kail semakin
menyangkut mulut ikan.
 
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke
darat. Kamu lihat pemancing itu
tersenyum lebar. Gembira benar
hatinya. Kamu juga turut tersenyum
kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing
itu cuba membebaskan ikan daripada
mata kailnya.
 
Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata
kail daripada mulut ikan, dia
mencampakkan kembali ikan itu ke air.
 
Eh, apa hal? Kamu memandang
pemancing itu dengan seribu tanda
tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah
tindakannya itu tidak menimbulkan
sebarang persoalan.
Kamu rasa apakah yang akan dideritai
oleh ikan itu?
 
Bolehkan ia menyambung hidup dengan
mulutnya yang terluka atau mungkin
juga isi perutnya
yang telah robek?
 
Sudah tentu ia akan mengalami
kesakitan sebelum akhirnya mati.Dengan
mulut yang koyak dan perut yang robek,
dia tentu tidak dapat mencari
makanan,untuk berenang pun mungkin dia
tidak mampu. Dia mungkin disisihkan
oleh kawan-kawan kerana sudah tidak
boleh
aktif lagi.
 
Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang,
setelah dia mula menyayangi kamu
hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan
sesekali terus meninggalkannya
begitu sahaja kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersama kamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingati kamu.
 
 

No comments:

Post a Comment